Thursday 28 June 2012

sambungan sejarah kegemilangan johor

bagi menjamin keselamatn pedagang yang datang berdagang di Johor, sistem naungan diwujudkan. setiap pedangang asing akan dilindungi oleh bendahara, raja indera bongsu, temenggung dan laksamana. keadaan ini menyebabkan pedagang rasa selamat berdagang di johor. malahan tenaga orang laut juga digunakan bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh. tugas orang laut menjadi pengawal pelabuhan, pengawas perairan johor, penunda dan penunjuk arah. pedagang akan lebih selesa dan rasa selamat sepanjang berada di pelabuhan johor untuk aktiviti perdagangan.

geografi
pelabuhan johor terlindung daripada tiupn angin monsun malahan menjdi pintu masuk di bahagian selatan selat melaka. hal ini menyebabkan johor dapat mengawal lalu lintas  kapal dagang dari barat dan timur.

pusat membuat kapal persisiran pantai
dengan adanya kemahiran membuat kapal seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap memudahkan barangan dagangan diangkut dari kapal besar ke pelabuhan.

maka dengan adanya jaminan keselammatan dan kemudahan yang disediakan di pelabuhan johor, menarik minat pedagang datang berdagang sehingga menjadikan johor mencapai zaman kegemilangannya..

Wednesday 27 June 2012

Kebanggaan Johor

assalamualaikum..
lama dah tak tengok blog. ari ini terasa nak menulis sesuatu berkaitan sejarah johor. mentang-mentang berada di bumi johor. sempena ari ini mengajar pelajar tingkatan 1 mengenai kegemilangan kerajaan Johor. bila berada di tempat yang kita bercerita mengenai sejarah menimbulkan rasa bangga. pelajar-pelajar form 1 pun kata perkara yang sama. so semangat la diaorang belajar ari ini berkaitan negeri sendiri.

Johor menjadi sebuah kerajaan yang gemilang tahun 1641 disebabkan oleh kecekapan sultan dan pembesarnya sendiri dalam mentadbir kerajaan. disebabkan kecekapan sultan dan pembesar memb faktor awa kepada faktor lain iaitu kemajuan dalam perdagangan dan perkembangan bidang persuratan.

Johor sebagai pusat perdagangan.
pada tahun 1641, kerajaan jajahan taklukan Johor semakin luas. keadaan ini yang membawa Johor mampu mempunyai pelbagai hasil dagangan sehingga menjadikan Johor sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu. pedagang asing yang telah berdagang di Johor datang dari China iaitu Amoy dan Canton, pedagang dari Belanda dan Inggeris juga turut berdagang di Johor. kemajuan dalam bidang perdagangan adalah disebabkan adanya kepelbagaian hasil dagangan dari tempatan dan luar. hasil tempatan seperti beras, kayu gaharu, damar, tikar, garam, ikan masin, lada hitam, sagu, minyak dan bijih timah. hasil luar pula seperti benang emas, kain sutera putih, teh, banrangan tembikar dan tembaga dari China. Johor sendiri terkenal sebagai pembekal kain corak baru.
adanya kemudahan di pelabuhan seperti gudang dan tempat membaiki kapal memudahkan dan menyenangkan pedagang luar untuk berdagang di Johor. bentuk perdagangan yang dijalankan dalam dua bentuk iaitu melalui  mata wang dan tukara barang.

ok la, berhenti di sini dulu.. nanti kita sambung lagi. nak masuk kelas..

Tuesday 5 June 2012

Disini Lahirnya Sebuah Kisah.....

5 Jun 2012 tepat jam 6 petang...kumpulan kami telah selesai membentangkan powerpoint TIE...syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tq kepada ahli-ahli kumpulan atas komitmen yang diberikan (Nad,Izah n Raja)..
Pada mulanya hati berdebar2..bukan sebab takut tapi kumpulan yang tak sabar sangat nak bentang..erm..maklumlah dah siapkan power point lebih awal..
Ini kelas terakhir kumpulan kami belajar TIE dengan Bro.Rizal..lepas ni kami berhubung melalui alam maya je nampaknya...Izah dan Raja di Taiping, Nad nun jauh di Batu Pahat...saya dengan Farizah pula di Felda Trolak...
Walaupun penat kami disini tapi sangat berbaloi..banyak yg kami belajar terutamanya cara menggunakan power point dengan berkesan...tq Bro. Rizal...

finally....

kami berjaya wat pembentangan power poit untuk kelas TIE... berdebar-debar.. lega dah berjaya. tapi sedih yer bunyi sound dari power point tak dengar sangat. coz tersilap sambung wayar ke headfon.. yang penting kami telah selesai misi kami. alhamdulillah.group lain juga hebat-hebat belaka, kelas kami berjaya membawa perubahan kepada cikgu-cikgu sejarah lebih kreatif dalam P&P.. chayok! chayok!

Jalur Gemilang

Dari semalam lagi nak buat entry nie. Tapi disebabkan mata yang dah sangat layu, so pagi ini saya meneruskan hasrat murni ini.

Satu perkara yang saya paling suka pasal blog ini adalah kibaran Jalur Gemilang yang megah di sebelah kanan blog ini. Nampak hebat bukan? Rasa bangga pun ada. Actually, pada permulaannya saya hanya meletakkan gambar Jalur Gemilang yang statik, tidak bergerak.

Selepas itu saya mendapat komen dari seorang kawan merangkap pengkritik tetap blog saya. Kata dia, kenapa tak guna bendera yang bergerak? Nampak lebih cantik dan hidup. Then, dia tunjukkan cara-cara untuk dapatkan Jalur Gemilang yang berkibar itu. Saya cuba buat dan Alhamdulillah dapat satu yang sangat cantik dan saya sangat suka =)


Kisah Bendera Malaysia

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas

Dan inilah orang yang mencipta Jalur Gemilang ini. Mohamed Hamzah





Ini surat yang dihantar Mohamed Hamzah ketika mencipta Jalur Gemilang



Kalau korang pun nak, jom kita letak dekat blog masing.
 Cara nak letak Jalur Gemilang yang berkibar

Tanahku Tanah Bertuah
=)

alhamdulillah...

akhirnya pagi ini, kami berjaya menyiapkan power point untuk pembentangan malam ini. mulanya, kami buat power point berkaitan Melaka tapi last kami tukar tajuk coz ada kesilapan. agak tension juga la kami buat. sepanjang ari kami dalam kelas semalam wat power point ja.Syukur akhirnya ilham datang di saat terakhir..kami masukkan video kemaraan Jepun dan lagu bagi video Lef.Adnan yang diambil dari koleksi saya(farizah). Terima kasih kepada nad yang banyak membantu dan rakan-rakan group yang bagi sokongan...
perjalanan kami membuat power point. Pertama, kami mencari point-point penting, gambar dan video berkaitan.. bila dah setle bab tu, kami try masukkan video dan lagu. nak cantikkan lagi power point kami, kami download gambar-gambar berkelip-kelip... nak menarik perhatian. abis semua proses kami settingkan timing. setting guna custom animation... nampak cam mudah, tapi kami berdua dah tak larat time asyik lari ja. masa yang kami tetapkan selama 9 minit, walaupun bro Rizal nak sepuluh minit, kira halal la. nak tambahkan masa pun kami dah masukkan video Lef. Adnan.
bila dh siap semua, dengan gembiranya kami berdua, tapi ada masalah lain pulak... ni bagi kami berdua yang tengah stres cam susah ja tapi benda tu masalah  kecik ja. tiba-tiba power point kami bahagian kesimpulan tak muncul. pelik yer sedangkan masa buat dan edit ada. mujur la rakan kami, Raja ada dengan muka selamber tolong settingkan.. rupa yer senang je. huhu... maka, akhirnya terhasil sebuah power point yang agak ceria... (^_^)

Pakatan Murni

Jumpa lagi =)

Seperti yang dijanjikan. Kita buka cerita Pakatan Murni. Kita akan tengok maksud dan juga Langkah- langkah menwujudkan Pakatan Murni. Pada pelajar-pelajar Tingkatan 5, cerita Pakatan Murni ini korang boleh baca di Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka.

Jom tengok Maksud Pakatan Murni(PM)

Act, PM adalah usaha semua kaum dekat Tanah Melayu untuk hasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.  Setiap kaum mempunyai tuntuan dan masalah tersendiri.

Dalam ayat yang mudah, kita nak ambik langkah rundingan sebagai cara nak mencari titik perdamaian dan keamanan di Tanah Melayu yang pada ketika itu sudah mempunyai pelbagai kaum akibat daripada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu atas tuntuta ekonomi.

Langkah Membentuk PM

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
  • Pada mulanya,dianggotai dua kaum terbesar Melayu dan Cina
  • Titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu.
  • Perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain demi masa depan negara
  • Penubuhan RIDA
2. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
  •  Dicadangkan oleh Dato' Onn Ja'afar pada 1951
  • Tetapu dikecam hebat oleh Orang Melayu kerana tidak mahu berkompromi untuk ubah struktur UMNO sebagai persatuan Orang Melayu sepenuhnya
3. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
4. Penubuhan Persidangan Kebangsaan 
  • Tujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Tanah Melayu
 Jadi inilah kisahnya Pakatan Murni. Mencari persamaan dalam perbezaan. Suatu usaha yang gigih yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini.

Melalui toleransi yang diwujudkan, kita semua membawa satu identiti sebagai Bangsa Malaysia. Dapat berkongsi segalanya bersama. Dapat berkongsi meja yang sama, makan nasi lemak dan roti canai bersama.

Tanah Ini Tanah Bertuah

=)