bagi menjamin keselamatn pedagang yang datang berdagang di Johor, sistem naungan diwujudkan. setiap pedangang asing akan dilindungi oleh bendahara, raja indera bongsu, temenggung dan laksamana. keadaan ini menyebabkan pedagang rasa selamat berdagang di johor. malahan tenaga orang laut juga digunakan bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh. tugas orang laut menjadi pengawal pelabuhan, pengawas perairan johor, penunda dan penunjuk arah. pedagang akan lebih selesa dan rasa selamat sepanjang berada di pelabuhan johor untuk aktiviti perdagangan.
geografi
pelabuhan johor terlindung daripada tiupn angin monsun malahan menjdi pintu masuk di bahagian selatan selat melaka. hal ini menyebabkan johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari barat dan timur.
pusat membuat kapal persisiran pantai
dengan adanya kemahiran membuat kapal seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap memudahkan barangan dagangan diangkut dari kapal besar ke pelabuhan.
maka dengan adanya jaminan keselammatan dan kemudahan yang disediakan di pelabuhan johor, menarik minat pedagang datang berdagang sehingga menjadikan johor mencapai zaman kegemilangannya..
No comments:
Post a Comment