Tuesday 5 June 2012

Pakatan Murni

Jumpa lagi =)

Seperti yang dijanjikan. Kita buka cerita Pakatan Murni. Kita akan tengok maksud dan juga Langkah- langkah menwujudkan Pakatan Murni. Pada pelajar-pelajar Tingkatan 5, cerita Pakatan Murni ini korang boleh baca di Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka.

Jom tengok Maksud Pakatan Murni(PM)

Act, PM adalah usaha semua kaum dekat Tanah Melayu untuk hasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.  Setiap kaum mempunyai tuntuan dan masalah tersendiri.

Dalam ayat yang mudah, kita nak ambik langkah rundingan sebagai cara nak mencari titik perdamaian dan keamanan di Tanah Melayu yang pada ketika itu sudah mempunyai pelbagai kaum akibat daripada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu atas tuntuta ekonomi.

Langkah Membentuk PM

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
  • Pada mulanya,dianggotai dua kaum terbesar Melayu dan Cina
  • Titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu.
  • Perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain demi masa depan negara
  • Penubuhan RIDA
2. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
  •  Dicadangkan oleh Dato' Onn Ja'afar pada 1951
  • Tetapu dikecam hebat oleh Orang Melayu kerana tidak mahu berkompromi untuk ubah struktur UMNO sebagai persatuan Orang Melayu sepenuhnya
3. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
4. Penubuhan Persidangan Kebangsaan 
  • Tujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Tanah Melayu
 Jadi inilah kisahnya Pakatan Murni. Mencari persamaan dalam perbezaan. Suatu usaha yang gigih yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini.

Melalui toleransi yang diwujudkan, kita semua membawa satu identiti sebagai Bangsa Malaysia. Dapat berkongsi segalanya bersama. Dapat berkongsi meja yang sama, makan nasi lemak dan roti canai bersama.

Tanah Ini Tanah Bertuah

=)

No comments:

Post a Comment