Wednesday 27 June 2012

Kebanggaan Johor

assalamualaikum..
lama dah tak tengok blog. ari ini terasa nak menulis sesuatu berkaitan sejarah johor. mentang-mentang berada di bumi johor. sempena ari ini mengajar pelajar tingkatan 1 mengenai kegemilangan kerajaan Johor. bila berada di tempat yang kita bercerita mengenai sejarah menimbulkan rasa bangga. pelajar-pelajar form 1 pun kata perkara yang sama. so semangat la diaorang belajar ari ini berkaitan negeri sendiri.

Johor menjadi sebuah kerajaan yang gemilang tahun 1641 disebabkan oleh kecekapan sultan dan pembesarnya sendiri dalam mentadbir kerajaan. disebabkan kecekapan sultan dan pembesar memb faktor awa kepada faktor lain iaitu kemajuan dalam perdagangan dan perkembangan bidang persuratan.

Johor sebagai pusat perdagangan.
pada tahun 1641, kerajaan jajahan taklukan Johor semakin luas. keadaan ini yang membawa Johor mampu mempunyai pelbagai hasil dagangan sehingga menjadikan Johor sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu. pedagang asing yang telah berdagang di Johor datang dari China iaitu Amoy dan Canton, pedagang dari Belanda dan Inggeris juga turut berdagang di Johor. kemajuan dalam bidang perdagangan adalah disebabkan adanya kepelbagaian hasil dagangan dari tempatan dan luar. hasil tempatan seperti beras, kayu gaharu, damar, tikar, garam, ikan masin, lada hitam, sagu, minyak dan bijih timah. hasil luar pula seperti benang emas, kain sutera putih, teh, banrangan tembikar dan tembaga dari China. Johor sendiri terkenal sebagai pembekal kain corak baru.
adanya kemudahan di pelabuhan seperti gudang dan tempat membaiki kapal memudahkan dan menyenangkan pedagang luar untuk berdagang di Johor. bentuk perdagangan yang dijalankan dalam dua bentuk iaitu melalui  mata wang dan tukara barang.

ok la, berhenti di sini dulu.. nanti kita sambung lagi. nak masuk kelas..

No comments:

Post a Comment