Thursday 28 June 2012

sambungan sejarah kegemilangan johor

bagi menjamin keselamatn pedagang yang datang berdagang di Johor, sistem naungan diwujudkan. setiap pedangang asing akan dilindungi oleh bendahara, raja indera bongsu, temenggung dan laksamana. keadaan ini menyebabkan pedagang rasa selamat berdagang di johor. malahan tenaga orang laut juga digunakan bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh. tugas orang laut menjadi pengawal pelabuhan, pengawas perairan johor, penunda dan penunjuk arah. pedagang akan lebih selesa dan rasa selamat sepanjang berada di pelabuhan johor untuk aktiviti perdagangan.

geografi
pelabuhan johor terlindung daripada tiupn angin monsun malahan menjdi pintu masuk di bahagian selatan selat melaka. hal ini menyebabkan johor dapat mengawal lalu lintas  kapal dagang dari barat dan timur.

pusat membuat kapal persisiran pantai
dengan adanya kemahiran membuat kapal seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap memudahkan barangan dagangan diangkut dari kapal besar ke pelabuhan.

maka dengan adanya jaminan keselammatan dan kemudahan yang disediakan di pelabuhan johor, menarik minat pedagang datang berdagang sehingga menjadikan johor mencapai zaman kegemilangannya..

Wednesday 27 June 2012

Kebanggaan Johor

assalamualaikum..
lama dah tak tengok blog. ari ini terasa nak menulis sesuatu berkaitan sejarah johor. mentang-mentang berada di bumi johor. sempena ari ini mengajar pelajar tingkatan 1 mengenai kegemilangan kerajaan Johor. bila berada di tempat yang kita bercerita mengenai sejarah menimbulkan rasa bangga. pelajar-pelajar form 1 pun kata perkara yang sama. so semangat la diaorang belajar ari ini berkaitan negeri sendiri.

Johor menjadi sebuah kerajaan yang gemilang tahun 1641 disebabkan oleh kecekapan sultan dan pembesarnya sendiri dalam mentadbir kerajaan. disebabkan kecekapan sultan dan pembesar memb faktor awa kepada faktor lain iaitu kemajuan dalam perdagangan dan perkembangan bidang persuratan.

Johor sebagai pusat perdagangan.
pada tahun 1641, kerajaan jajahan taklukan Johor semakin luas. keadaan ini yang membawa Johor mampu mempunyai pelbagai hasil dagangan sehingga menjadikan Johor sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu. pedagang asing yang telah berdagang di Johor datang dari China iaitu Amoy dan Canton, pedagang dari Belanda dan Inggeris juga turut berdagang di Johor. kemajuan dalam bidang perdagangan adalah disebabkan adanya kepelbagaian hasil dagangan dari tempatan dan luar. hasil tempatan seperti beras, kayu gaharu, damar, tikar, garam, ikan masin, lada hitam, sagu, minyak dan bijih timah. hasil luar pula seperti benang emas, kain sutera putih, teh, banrangan tembikar dan tembaga dari China. Johor sendiri terkenal sebagai pembekal kain corak baru.
adanya kemudahan di pelabuhan seperti gudang dan tempat membaiki kapal memudahkan dan menyenangkan pedagang luar untuk berdagang di Johor. bentuk perdagangan yang dijalankan dalam dua bentuk iaitu melalui  mata wang dan tukara barang.

ok la, berhenti di sini dulu.. nanti kita sambung lagi. nak masuk kelas..

Tuesday 5 June 2012

Disini Lahirnya Sebuah Kisah.....

5 Jun 2012 tepat jam 6 petang...kumpulan kami telah selesai membentangkan powerpoint TIE...syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tq kepada ahli-ahli kumpulan atas komitmen yang diberikan (Nad,Izah n Raja)..
Pada mulanya hati berdebar2..bukan sebab takut tapi kumpulan yang tak sabar sangat nak bentang..erm..maklumlah dah siapkan power point lebih awal..
Ini kelas terakhir kumpulan kami belajar TIE dengan Bro.Rizal..lepas ni kami berhubung melalui alam maya je nampaknya...Izah dan Raja di Taiping, Nad nun jauh di Batu Pahat...saya dengan Farizah pula di Felda Trolak...
Walaupun penat kami disini tapi sangat berbaloi..banyak yg kami belajar terutamanya cara menggunakan power point dengan berkesan...tq Bro. Rizal...

finally....

kami berjaya wat pembentangan power poit untuk kelas TIE... berdebar-debar.. lega dah berjaya. tapi sedih yer bunyi sound dari power point tak dengar sangat. coz tersilap sambung wayar ke headfon.. yang penting kami telah selesai misi kami. alhamdulillah.group lain juga hebat-hebat belaka, kelas kami berjaya membawa perubahan kepada cikgu-cikgu sejarah lebih kreatif dalam P&P.. chayok! chayok!

Jalur Gemilang

Dari semalam lagi nak buat entry nie. Tapi disebabkan mata yang dah sangat layu, so pagi ini saya meneruskan hasrat murni ini.

Satu perkara yang saya paling suka pasal blog ini adalah kibaran Jalur Gemilang yang megah di sebelah kanan blog ini. Nampak hebat bukan? Rasa bangga pun ada. Actually, pada permulaannya saya hanya meletakkan gambar Jalur Gemilang yang statik, tidak bergerak.

Selepas itu saya mendapat komen dari seorang kawan merangkap pengkritik tetap blog saya. Kata dia, kenapa tak guna bendera yang bergerak? Nampak lebih cantik dan hidup. Then, dia tunjukkan cara-cara untuk dapatkan Jalur Gemilang yang berkibar itu. Saya cuba buat dan Alhamdulillah dapat satu yang sangat cantik dan saya sangat suka =)


Kisah Bendera Malaysia

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas

Dan inilah orang yang mencipta Jalur Gemilang ini. Mohamed Hamzah





Ini surat yang dihantar Mohamed Hamzah ketika mencipta Jalur Gemilang



Kalau korang pun nak, jom kita letak dekat blog masing.
 Cara nak letak Jalur Gemilang yang berkibar

Tanahku Tanah Bertuah
=)

alhamdulillah...

akhirnya pagi ini, kami berjaya menyiapkan power point untuk pembentangan malam ini. mulanya, kami buat power point berkaitan Melaka tapi last kami tukar tajuk coz ada kesilapan. agak tension juga la kami buat. sepanjang ari kami dalam kelas semalam wat power point ja.Syukur akhirnya ilham datang di saat terakhir..kami masukkan video kemaraan Jepun dan lagu bagi video Lef.Adnan yang diambil dari koleksi saya(farizah). Terima kasih kepada nad yang banyak membantu dan rakan-rakan group yang bagi sokongan...
perjalanan kami membuat power point. Pertama, kami mencari point-point penting, gambar dan video berkaitan.. bila dah setle bab tu, kami try masukkan video dan lagu. nak cantikkan lagi power point kami, kami download gambar-gambar berkelip-kelip... nak menarik perhatian. abis semua proses kami settingkan timing. setting guna custom animation... nampak cam mudah, tapi kami berdua dah tak larat time asyik lari ja. masa yang kami tetapkan selama 9 minit, walaupun bro Rizal nak sepuluh minit, kira halal la. nak tambahkan masa pun kami dah masukkan video Lef. Adnan.
bila dh siap semua, dengan gembiranya kami berdua, tapi ada masalah lain pulak... ni bagi kami berdua yang tengah stres cam susah ja tapi benda tu masalah  kecik ja. tiba-tiba power point kami bahagian kesimpulan tak muncul. pelik yer sedangkan masa buat dan edit ada. mujur la rakan kami, Raja ada dengan muka selamber tolong settingkan.. rupa yer senang je. huhu... maka, akhirnya terhasil sebuah power point yang agak ceria... (^_^)

Pakatan Murni

Jumpa lagi =)

Seperti yang dijanjikan. Kita buka cerita Pakatan Murni. Kita akan tengok maksud dan juga Langkah- langkah menwujudkan Pakatan Murni. Pada pelajar-pelajar Tingkatan 5, cerita Pakatan Murni ini korang boleh baca di Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka.

Jom tengok Maksud Pakatan Murni(PM)

Act, PM adalah usaha semua kaum dekat Tanah Melayu untuk hasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.  Setiap kaum mempunyai tuntuan dan masalah tersendiri.

Dalam ayat yang mudah, kita nak ambik langkah rundingan sebagai cara nak mencari titik perdamaian dan keamanan di Tanah Melayu yang pada ketika itu sudah mempunyai pelbagai kaum akibat daripada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu atas tuntuta ekonomi.

Langkah Membentuk PM

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
  • Pada mulanya,dianggotai dua kaum terbesar Melayu dan Cina
  • Titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu.
  • Perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain demi masa depan negara
  • Penubuhan RIDA
2. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
  •  Dicadangkan oleh Dato' Onn Ja'afar pada 1951
  • Tetapu dikecam hebat oleh Orang Melayu kerana tidak mahu berkompromi untuk ubah struktur UMNO sebagai persatuan Orang Melayu sepenuhnya
3. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
4. Penubuhan Persidangan Kebangsaan 
  • Tujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Tanah Melayu
 Jadi inilah kisahnya Pakatan Murni. Mencari persamaan dalam perbezaan. Suatu usaha yang gigih yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini.

Melalui toleransi yang diwujudkan, kita semua membawa satu identiti sebagai Bangsa Malaysia. Dapat berkongsi segalanya bersama. Dapat berkongsi meja yang sama, makan nasi lemak dan roti canai bersama.

Tanah Ini Tanah Bertuah

=)

Monday 4 June 2012

Tersirat dan Tersurat Part 2

Hai semua..

Dah tengok video dekat entry part 1 hari tu? Okay kalau belum tengok, boleh tengok dulu .http://kisahsebuahnegara.blogspot.com/2012/06/tersirat-dan-tersurat-part-1.html

Jom kita tengok apa yangTERSURATdulu. Sebab kebiasaannya yang tersurat lebih mudah untuk dilihat dari yang tersirat.

1. First impression mesti apa yang kita akan fikir adalah ini iklan raya Petronas apa kes iklan raya puasa pun belum.

2. Kita pun start refresh balik, iklan raya tahun bila ye? Ok, saya tolong jawabkan. Iklan raya tahun 2003. Iklan yang cerita pasal anak-anak yang lupa nak beli daging lembu untuk buat rendang sedangkan bahan lain dah lengkap. Rasa macam tak perlu saya nak cerita balik sebab korang dah tengok.

3. Moral of story dari iklan ini, 'Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu'


Sampai masa kita lihat pula dari sudut TERSIRAT.

Inilah bangsa Malaysia

Macam mana anak-anak tu boleh dapat seekor lembu sedangkan mereka dah tawaf satu pekan dan satu kampung sampai melarat-larat ke kampung lain untuk cari daging lembu nak buat rendang. Mak mintak daging lembu, hati, limpa tapi yang dibawa balik seekor lembu.

Haa, sebab diaorang nampak seorang anak India bawa bekas susu lembu dekat jeti. Dari mana datang susu lembu? Pasti la dari lembu kan??

Jadi budak India tu yang bagi seekor lembu yang diaorang bawak balik untuk mak diaorang sampai mak diaorang pengsan tengok anak-anak dia bawa balik seekor lembu. =) (part nie memang best, kelakar pun ada)

Walaupun iklan tu tak tunjuk yang anak India tu yang bagi lembu kat anak-anak Melayu nie, tetapi secara automatik kita tahu dari mana diaorang dapat lembu tersebut. Anak India tu dah tolong anak-anak Melayu ini dapatkan seekor lembu untuk sambutan Hari Raya walaupun dalam agama Hindu, mereka tidak memakan daging lembu.

 So, nampak yang tersirat ? =)


Apa nilainya?

1. Tolong menolong - hasil pertolongan anak India tersebut, mereka dapat seekor lembu
2. Toleransi - Walaupun anak India tersebut tidak makan daging lembu, tetapi dia tidak keberatan untuk memberikan lembu tersebut untuk dijadikan korban hidangan hari raya.

Sebenarnya iklan ini mencerminkan PAKATAN MURNI rakyat MALAYSIA.

Cerita Pakatan Murni???

Next entry.
Bye =)

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT BRO. RIZAL

Pantun Budi Buatmu...

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang..

Tanam Lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati..

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke Tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung..

Jumaat, 1 Jun 2012...

Jam 6.30 petang hingga 9 malam..saya memperoleh ilmu baru..erm..kami guru-guru Sejarah berpeluang untuk mempelajari tentang pembikinan Powerpoint, blog..kumpulan kami berpeluang untuk mempamerkan hasil karya kami kepada kawan-kawan...terima kasih banyak-banyak bro.Rizal kerana memberi tunjuk ajar dan ilmu yang berguna..

oh...saya berpeluang mempelajari cara membuat blog...terima kasih kepada adik-adik (Faizah, Nad, Farizah dan Raja) di atas tunjuk ajar..akan saya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dan dipelajari sepanjang kelas TIE..

Persediaan Untuk Pembentangan TIE

Esok Tanggal 5 Jun 2012 kami guru-guru Sejarah perlu membentangkan PowerPoint tentang topik-topik sejarah pilihan kami..kumpulan saya akan membentangkan mengenai Kesultanan Melayu Melaka (Tingkatan 1)..
Sepanjang hari ini,kumpulan kami bertungkus lumus untuk menyiapkan powerpoint TIE.. syukur alhamdulillah ahli kumpulan memberikan sepenuh komitmen terhadap penghasilan powerpoint..
Saya mengharapkan supaya ahli kumpulan berjaya membuat pembentangan dengan baik..

Saturday 2 June 2012

Tersirat dan Tersurat Part 1

Hai semua...

Selamat hari Sabtu..

Dalam hidup kita, banyak benda yang berlaku. Macam orang selalu cakap, dunia nie pentas kehidupan. Semua ada peranan dan melakonkan watak masing-masing termasuklah kita.

Kehidupan kita juga banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang kita nampak dan dapat lihat. Melalui peristwa-peristwa yang terjadi, setiap orang akan membuat kesimpulan berdasarkan persepsi masing.

Sejarah juga dipandang melalui sudut pemikiran yang berbeza. Fakta yang sama tetapi diinterpretasi mengikut fahaman masing-masing. 

Sebab apa boleh jadi macam tu? Banyak faktor yang boleh dijadikan alasan. Sebab tu adanya perkataan TERSIRAT dan TERSURAT.

Masa saya belajar BM kat sekolah dulu, saya masih ingat, cikgu saya cakap, maksud tersurat dan tersirat. Dia kata tersurat adalah perkara yang kita nampak jelas, maksud dia jelas depan mata. Kalau yang tersirat dia bersifat abstrak atau boleh la juga kalau nak cakap tersirat nie dalam bentuk kiasan. Otak kena kreatif sikit nak fikir maksudnya. Ala-ala soalan aras Tinggi ikut teori Bloom =)


Jom kita tengok video kat bawah ni.


Okay, apa yang korang dapat?? 
Boleh kita share sama-sama?
Jumpa lagi!!    =)

Friday 1 June 2012

ViDeO tImE.....come n see it

       


Melaka...dulu....kini...dan selamanya...inilah antara video yang dapat kami persembahkan dalam blog kami kali ini sambil-sambil kami menyiapkan powerpoint kami. Sebenarnya banyak sangat yang nak di'upload'kan tetapi masa membatasi segalanya. Nak upload video yang satu ni pun alahai..jenuhnya mak...tapi jangan risau video seterusnya akan di upload dari semasa ke semasa. 

Video ni berkisar tentang Melaka pada zaman permulaan pembukaan Melaka dari sebuah kampung nelayan biasa kepada sebuah kerajaan yang mashyur sehinggalah zaman sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Melaka datanglah ke Melaka...selamat menonton....    





(!_!)

ai semua... sedih yer kitaorang dapat result exam tadi... hmmmm... tapi kitaorang tak akan berputus asa.. teruskan perjuangan.... chayok! chayok!... now kitaorang nak siapkan powerpoint for presentation next monday... overall wat blog ni payah jugakkan maklum la first time... tapi mujur la ada geng kitaorang yang teror IT sikit. harapkan kitaorang hmmmm... setakat nak post tu leh la.. thank to my friend Zah... misi membuat powerpoint yang advance dari yang biasa... tak tau lagi hasilnya. tp kitaorang akan cuba yang terbaik... actually kelas ni fun but disebabkan kekangan masa, kitaorang terpaksa dan memaksa diri serta otak bekerja lebih dalam masa yang singkat dan padat.. lets go doing powerpoint...

detik mendebarkan...

1 Jun 2012
Bermulanya exam pertama kami di uia semester akhir ini. Kelakarnya baru dua kali kelas dah kena exam. Nampak macam mudah tapi mengelirukan. 20 soalan MCQ dan jawapan nya hampir sama. Selepas sejam dapat la jawab dan hantar. Now, tiba lah masa nya untuk menanda kertas exam kawan-kawan huhu...mendebarkan sungguh... dup dap dup dap jantung berdetik... apa la yang kitaorang akan dapat... kitaorang stop kat sini dulu yer... nanti kitaorang sambung lagi... tata...


Thursday 31 May 2012

Nota Pertama

Hai semua...

Selamat Berkenalan..This is1st entry for this blog and also the 1st reflection for Technology and Innovation In Education course.

Ok, let we start..blog ini sebenarnya dibina bertujuan untuk memberikan info-info berkaitan dengan sejarah tanah bertuah bumi Malaysia.

Blog ini juga dibina bersama-sama rakan-rakan saya yang lain untuk melengkapkan tugasan kami dalam subjek Technology and Innovation In Education atau lebih popular dengan singkatan TIE dibawah bimbingan Brother Shahrizal Idzuan bin Wahab Abd Rahman atau nama yang lebih singkat padat dan mudah Bro. Rizal =)

Let me introduce my group members,
1. Raja Nor Hidayah Raja Ahmad (Raja)
2. Nor Nadhiah Mohmad Yunus (Nad)
3.Noor Azlinda Omar (Linda)
4.Norfarizah Abdullah (Farizah)
and me..
5. Nur Faizah Halid @ Malek (Zah)

Okay, sekarang kisah di dalam kelas TIE di Level 4 Block E di Kulliyyah ICT yang sangat cantik dan tersergam indah di atas bukit di UIA Kampus Gombak. Kelas bermula jam 6.00 petang dan tamat pukul 9.00 malam.

 Apa yang kami belajar???
Oooo..before that, how many task we got from this class is more important to tell...hehe..

 This what we got for fullfill our course..

Mid Term Exam (20 marks)
  •  based articles distributed in class
  •  MCQ
  • on 3rd class meeting 
Production of instructional multimedia (group work-55 marks)
  • develop instructional multimedia using Power Point (yang dasyat dan bombastik ok!)
  •  PP must include still image, video and audio 
  • Presentation will start on 4th and 5th meeting (just around the corner..oh yeah!)
  • 10 minutes presentation
Blog for e-portfolio (groupwork-25 marks)
  • create a blog
  • deadline on 5th class meeting 
  • this so awesome..that why this blog exist..hehe

After that, i as a group leader (just because i know a basic how to create blog..hua) must have dropbox account..so i sign up for dropbox because all the lectures and note will drop there. Now, i have dropbox!

And...

Class dismiss with a lot things to do before this semester end!

Yay :)